Apabila mempunyai jumlah berat emas simpanan sebanyak 85 gram atau lebih yang mencukupi nisab tahunan akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% atas nilai emas yang disimpan.
Sebagai contoh kita simpan emas sebanyak 90g dan harga emas 90g ini adalah RM24,660*.
Maka jumlah zakat yang perlu dibayar adalah sebanyak RM616.50.
RM24,660 x 2.5% = RM616.50
Emas yang disimpan ini adalah emas simpanan/pelaburan seperti goldbar, dinar, dan akaun emas yang patuh syariah.
Macam mana dengan barang kemas?
Kalau barang kemas bergantung pada uruf negeri masing-masing. Setiap negeri mempunyai nilai uruf yang berbeza-beza.
Saya galakkan rujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk ketahui nilai uruf negeri dan buat kiraan zakat barang kemas.
*** Untuk harga emas yang lebih tepat, rujuk pada pusat zakat negeri atau gunakan kalkulator yang terdapat di laman web pusat zakat negeri.
Semua emas dipakai, tak pakai, jongkong, syiling dikenakan zakat (jika cukup syarat).
Jika emas yang DIPAKAI melebihi berat dibawah, dikira cukup nisab.
Selangor,KL = 800 gram
Johor,Ganu = 850 gram
Perak,Pahang = 500 gram
N9 = 200 gram
Melaka = 180 gram
Kedah = 170 gram
Penang = 165 gram
Sabah = 152 gram
Sarawak = 90 gram
Perlis = 85 gram
Kelantan = Tiada Uruf
CONTOH CARA KIRA ZAKAT EMAS (Basic)
Contoh pertama :
Emas yang dipakai = 0 . Emas yang tidak dipakai = 42.5 gram . Total < 85 gram
Jadi tak perlu bayar zakat lagi.
Contoh Kedua :
Emas tak dipakai = 90 gram
Emas dipakai = 50 gram
Kiraan Zakat Emas:
*Emas tak dipakai : DIKENAKAN ZAKAT sebab >85 gram.
*Emas dipakai : TIDAK DIKENAKAN ZAKAT sebab <800 gram.
90 gram x RM245 (harga emas semasa) x 2.5%
= RM551.25
Contoh Ketiga:
Emas dipakai = 900 gram
Kiraan Zakat Emas:
*Dikenakan zakat sebab > Uruf 800 gram
*Berat lepas tolak Uruf = 100 gram (900-800)
100 gram x RM245 (harga emas semasa) x 2.5%
= RM612.50
Contoh keempat :
Emas tak dipakai = 50 gram
Emas dipakai = 900 gram
Kiraan Zakat Emas
*Perlu campur kedua-dua jenis emas.
50 gram + 100 gram (900-800) = 150 gram
150 gram x RM245 (harga emas semasa) x 2.5%
= RM918.75
Anda Juga boleh menggunakan kalkulator yang disediakan oleh PPZ melalui link dia bawah :
https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas/