Ada berbagai cabaran dalam mengurus wang. Bila tiba hujung bulan, ramai yang sering mengalami masalah untuk menguruskan pendapatan. Ada yang sering terlebih belanja. Ada juga yang terguna duit yang sepatutnya untuk komitmen bulanan. Ada yang tak pernah ada simpanan.
Ada juga yang asyik tak cukup duit bulanan. Paling teruk, terpaksa korek duit simpana lain sebab tak cukup duit. Itu kalau ada simpanan la. Inilah yang sering terjadi, jika kita tidak menguruskan pendapatan dengan baik.
Antara tips yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus kewangan anda secara berhemah:
1. Dapat jer gaji bulanan,asingkan sejumlah wang sekurang-kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan.
2. Utamakan keperluan berbanding kehendak diri. Jelaskan segala komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan terlebih dahulu.
3. Belanja ikut kemampuan, elakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan.
4. Cuba elakkan dari hutang jahat seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan seangkatan dengannya. Hutang sebegini hanya akan mengakibatkan anda menanggung beban hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.
5. Pastikan anda mempunyai pelan insurans yang mampu melindungi diri anda dan keluarga secara komprehensif. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Jadi sebaiknya, mencegah lebih baik daripada mengubati.
6. Wujudkan akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM supaya mengelakkan anda mengeluarkan wang sesuka hati. Sebagai contoh simpanan ASB atau Simpanan Emas.
Simpanan emas dapat mendisiplinkan diri anda untuk sentiasa menyimpan. Letakkan matlamat untuk setiap tabung simpanan anda.
Amat penting untuk menguruskan wang secara berhemah. Jika gagal menguruskan pendapatan, sampai bila-bila pun masalah duit tak cukup ni akan menyelubungi anda.
Jom mulakan simpanan emas anda Sekarang. Sila hubungi saya atau click link di bawah :..
Whatsapp me .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)
http://wasap.my/+60126599945/Akaun_Emas_GAP
https://publicgoldofficial.com/Asya