Friday, December 2, 2022
Usahakanlah agar ada tabungan
Saturday, September 10, 2022
Jangan Tunggu Duit Lebih Baru Nak Simpan..
Saturday, August 27, 2022
Dimanakah kau gaji
Wednesday, August 17, 2022
Padan muka harga emas jatuh
Friday, August 12, 2022
Usah beremosi tengok naik turun harga emas
Tuesday, July 26, 2022
Seiring dengan masa
Friday, July 15, 2022
Nak kumpul sekitar RM 5000 dalam masa setahun
Wednesday, June 15, 2022
Salah Faham Tentang Emas
Pelabur yang berdasarkan teori tak sama dengan penyimpan emas yang benar-benar menabung secara konsisten. Banyak perkara yang secara teorinya tak sama dengan yang benar-benar melaluinya. Apa yang kita dengar-dengar dan lihat, Kadang-kadang tak sama seperti apa yang kita lalui sendiri.
Sama juga dalam emas. Bila kita cerita pasal emas, terus kita fikir - emas untuk orang kaya jer. Emas mahal. tak cukup duit nak beli emas. Beli emas hari ni, esok terus nak untung juta-juta.
Banyak lagi salah faham tentang emas. Antaranya adalah :
1) Emas hanya untuk orang kaya -> mindset ni perlu dibuang dalam kepala. Semua orang boleh memiliki emas. semua orang mampu memiliki emas sekirannya dia betul-betul faham tentang emas.
2) Tunggu duit banyak baru nak simpan emas -> jika mindset begini, sampai bila-bila pun tak akan ada simpanan emas. Sebab tak akan pernah ada duit lebih. sebenarnya emas merupakan aset yang paling mudah untuk dimiliki jika nak dibandingkan dengan aset-aset lain seperti hartanah. Seratus ringgit pun dah boleh mula simpan emas.
3) Beli harini, esok terus nak untung -> ramai orang beranggapan beli emas terus nak untung segera. hari-hari tengok harga emas, tapi beli 1 gram jer. Cara ini sangat tidak tepat. beli emas sikit-sikit ni lebih kepada untuk simpanan jangka panjang. ia untuk mendisiplinkan diri untuk menyimpan dan memperoleh keuntungan dalam jangka panjang. kita memperoleh keuntungan dari kenaikan harga emas untuk jangka masa panjang.
4) Beli 1 gram terus fikir pasal untung -> ini juga banyak terjadi bagi orang yang baru berjinak dengan emas. Jika simpanan emas tu masih sikit, fokuskan kepada proses menyimpan dahulu. tak perlu nak tengok harga emas hari-hari. price jatuh jer terus menggelabah. Sambil menyimpan, jika harga emas jatuh, rebut peluang untuk beli lebih banyak emas. jika harga naik mendadak, itu adalah rezeki.
5) Tunggu harga rendah baru nak beli -> kita tak tahu bila harga akan rendah. bila harga emas jatuh, biasanya orang macam ni akan tungu lagi untuk jatuh lagi rendah. last-last tak beli pun. Bila harga naik balik - barulah menyesal tak beli awal-awal. Sebenarnya harga belian emas boleh diselaraskan melalui kaedah pemurataan harga. Beli jer emas harini - esok kalau harga jatuh, beli lagi untuk average down kan harga.
6) Emas sebagai perhiasan jer -> orang yang macam ni, biasanya tak tahu banyak pasal emas. Sebenarnya emas bukan untuk perhiasan semata-mata. Emas boleh dijadikan tabungan kekal, aset mudah cain, mas kahwin, hadiah. ianya dalam pelbgai bentuk seperti dinar, gold bar, kad emas.
Emas juga boleh memberi keuntungan dalam jangka panjang. boleh juga dijadikan sebagai simpanan kecemasan.
7) Semua simpanan emas kena zakat -> sebenarnya simpanan emas hanya dikenakan zakat apabila cukup gram (85g) serta telah disimpan melebihi setahun (cukup haul). Bagi barang kemas yang dipakai pula, nilai zakat (gram) bergantung pada uruf negeri.
8) Simpan emas dapat dividen -> Emas bukan macam ASB atau tabung haji. Emas tak ada dividen. kita dapat untung melalui kenaikan harga dari harga modal sahaja. Kalau ada skim pelaburan yag menjanjikan deviden bulanan, tu terang-terang adalah scammer.
9) Emas hanya untuk wanita -> sebenarnya semua orang boleh memiliki emas tak kira lelaki atau wanita. Dalam islam, hanya barang kemas sahaja dilarang untuk dipakai oleh lelaki. Jika menyimpan syiling emas atau jongkong emas, tak ada masalah. malah amat-amat digalakkan.
10)Emas adalah pelaburan yang terbaik -> terdapat banyak pelaburan dalam dunia ni dan masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. tak ada yang perfect. Kita perlu pelbagaikan portfolio pelaburan yang berbeza dan emas adalah salah satu yang disarankan oleh kebanyakan pakar-pakar kewangan dunia.
Mulalah menyimpan emas sekarang. anda akan lebih faham tentang emas jika anda dah mula dan mendalami ilmu emas.
Tuesday, June 7, 2022
Hasil konsisten menyimpan
Friday, June 3, 2022
Orang berniaga ..
Wednesday, May 18, 2022
Simpan duit asyik bocor jer...
Tuesday, May 17, 2022
Simpan emas sikit-sikit jom
Sunday, May 15, 2022
3 sebab kenapa saya suka simpan emas
Friday, May 13, 2022
Mulakan sahaja, jangan tunggu-tunggu
Monday, March 14, 2022
Tetaplah menabung walaupun susah ...
Tuesday, March 8, 2022
Aset yang mampu milik
Sunday, February 20, 2022
Pelbagaikan Simpanan Anda !!!
Thursday, February 17, 2022
Kesilapan pertama membeli emas !!!
Wednesday, February 16, 2022
Nak seronok simpan emas ?
Tuesday, February 15, 2022
3 kelebihan emas
Hutang Duit Vs Hutang Emas
Hutang Duit vs Hutang Emas https://publicgoldofficial.com/Asya Kalau ada orang nak pinjam duit, jangan bagi duit. bagi emas. Sebab duit nila...

-
Tiada siapa yang boleh tahu dengan tepat bila harga emas akan naik atau turun. Perlu diingatkan bahawa pelaburan emas adalah pelaburan jangk...
-
Wanita adalah sinonim dengan emas. Mak-mak dan nenek moyang kita memang sangat arif tentang nilai emas. Bila ada peluang mereka pastinya...
-
Sejarah dunia memang telah membuktikan bahawa matawang kertas berisiko jatuh kepada nilai kosong pada bila-bila masa. Bahkan, ramai pakar ...