Harga emas naik dia senyum, harga emas turun pun dia senyum. Kenapa ye ?
1) Penyimpan emas yang berilmu telah mengasingkan duit
kecemasan jangkapendek.
Penimpan emas menyediakan duit simpanan kecemasan minimum 3 bulan pendapatan. Ini kerana apabila berlaku kecemasan, penyimpan akan guna dana kecemasan yang disediakan tanpa perlu menjual emas. Emas? Sebolehnya penyimpan nak peram minima 3 tahun ke atas.
2) Penyimpan Emas Membeli emas dengan duit lebihan,
bukan duit pinjaman
Penyimpan emas tahu, harga emas bergerak naik turun setiap masa. Maka.. Emas tak sesuai simpan hari ni, jual bulan depan. Maka… Penyimpan akan menabung emas menggunakan hasil duit bisnes, duit simpanan gaji bulanan dan bonus tahunan yang ada lebihan.
3) Penyimpan emas membeli emas untuk “Pelindung
Kekayaan”
Penyimpan emas tahu, emas adalah duit dalam bentuk yang sukar bocor, bertahan lama dan bernilai sepanjang hayat. Jadi, penyimpan emas menukarkan sebahagian wang tunai untuk melindungi duit simpanan daripada dibelanjakan oleh diri sendiri, melindungi dari kesan inflasi dan melindungi kekayaan daripada kesan keruntuhan sistem mata wang.
4) Pantau harga emas jika perlu sahaja.
Bagi penyimpan emas yang berilmu - harga tak penting. Yang penting adalah melihat pertambahan gram emas. Pantau harga emas setiap hari memang boleh menganggu emosi dan agak memenatkan. Pelabur dan penyimpan hanya melihat harga emas bila nak beli/jual sahaja.
5) Menabung emas cuma perlu konsisten
Penyimpan emas yang berjaya sebenarnya tak perlu modal
yang besar. Mereka cuma perlu konsisten menabung dan berterusan. Mana-mana
penyimpan emas yang bersikap konsisten dalam membina tabungan, akan nampak
hasilnya. Biar sikit sikit – tapi berterusan menyimpan. Anda akan lihat
hasilnya nanti.