Elakkan “Kebocoran”
Seringkali
berlaku apabila hujung bulan jer, duit dah kering, gaji lambat lagi. Dan bila
gaji masuk, cepat jer habis. Tak sampai seminggu
gaji masuk, dah tengok kalendar untuk tunggu bila gaji bulan depan nak masuk.
Duit gaji seolah-olah “lalu” jer dalam akaun bank. Selain dari habis
untuk bayar bil-bil bulanan, ada jer terasa nak beli itu ini jika ada lebihan
dari gaji. Lebih parah lagi, belum masuk gaji, dah berkira-kira untuk beli itu
ini. Belum masuk duit, tapi dah habis. Inilah yang dinamakan “kebocoran”.
Sekiranya ini
terus berlaku, sampai bila-bila kita tidak akan ada simpanan untuk kecemasan. Lagi
banyak duit dalam akaun bank, lagi tinggi keinginan untuk berbelanja. Ada saja
benda yang nak beli.
Jadi untuk elakkan kebocoran ini dari terus menerus berlaku, kita perlu “Selamatkan” duit cepat-cepat sebelum ianya sampai ke tangan. Salah satu cara berkesan untuk elak masalah ini ialah dengan membuat potongan siap siap untuk simpanan secara tetap setiap bulan.
Potong siap-siap dan Simpan
Kita boleh
membuat potongan sama ada melalui potongan gaji terus ke Tabung Haji atau ASB.
Ataupun membuat Auto-debit dari akaun bank terus ke akaun simpanan yang lain.
Sekiranya menggunakan akaun maybank – disediakan kelebihan untuk setkan “Goal”
dan duit akan ditolak secara automatik ke akaun Goal mengikut tarikh yang
ditetapkan.
Duit
simpanan itu sepatutnya tidak disentuh atau dikeluarkan melainkan jika ada hal
kecemasan ataupun keperluan yang
betul-betul mendesak untuk guna duit.
Pelbagaikan akaun simpanan atau pelaburan
Kebanyakkan
pakar menyarankan untuk pelbagaikan instrumen simpanan berbentuk pelaburan. Ini
kerana disamping menggalakkan kita untuk menyimpan, duit itu juga akan berkembang
sama ada dalam bentuk dividen ataupun nilai kuasa beli yang kekal.
Selain dari
Tabung Haji, ASB, Unit Trust/ Saham, pakar kewangan juga menyarankan kita untuk
membuat simpanan dalam bentuk Emas. Ini kerana emas dapat mengekalkan nilai
kekayaan/nilai kuasa beli berbanding duit kertas. Seperti yang kita ketahui,
nilai duit kertas sentiasa dikikis oleh inflasi dari tahun ke tahun. Adalah
tidak digalakkan menyimpan duit kertas dalam amaun yang tinggi untuk jangkamasa
yang lama kerana nilainya sentiasa menyusut.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit, anda boleh hubungi :
No comments:
Post a Comment