Monday, June 28, 2021

Tips Elakkan Kebocoran

 

Elakkan “Kebocoran”

Seringkali berlaku apabila hujung bulan jer, duit dah kering, gaji lambat lagi. Dan bila gaji masuk, cepat jer habis. Tak sampai seminggu gaji masuk, dah tengok kalendar untuk tunggu bila gaji bulan depan nak masuk. Duit gaji seolah-olah “lalu” jer dalam akaun bank. Selain dari habis untuk bayar bil-bil bulanan, ada jer terasa nak beli itu ini jika ada lebihan dari gaji. Lebih parah lagi, belum masuk gaji, dah berkira-kira untuk beli itu ini. Belum masuk duit, tapi dah habis. Inilah yang dinamakan “kebocoran”.

Sekiranya ini terus berlaku, sampai bila-bila kita tidak akan ada simpanan untuk kecemasan. Lagi banyak duit dalam akaun bank, lagi tinggi keinginan untuk berbelanja. Ada saja benda yang nak beli.

Jadi untuk elakkan kebocoran ini dari terus menerus berlaku, kita perlu “Selamatkan” duit cepat-cepat sebelum ianya sampai ke tangan. Salah satu cara berkesan untuk elak masalah ini ialah dengan membuat potongan siap siap untuk simpanan secara tetap setiap bulan.



Potong siap-siap dan Simpan

Kita boleh membuat potongan sama ada melalui potongan gaji terus ke Tabung Haji atau ASB. Ataupun membuat Auto-debit dari akaun bank terus ke akaun simpanan yang lain. Sekiranya menggunakan akaun maybank – disediakan kelebihan untuk setkan “Goal” dan duit akan ditolak secara automatik ke akaun Goal mengikut tarikh yang ditetapkan.

Duit simpanan itu sepatutnya tidak disentuh atau dikeluarkan melainkan jika ada hal kecemasan  ataupun keperluan yang betul-betul mendesak untuk guna duit.

Pelbagaikan akaun simpanan atau pelaburan

Kebanyakkan pakar menyarankan untuk pelbagaikan instrumen simpanan berbentuk pelaburan. Ini kerana disamping menggalakkan kita untuk menyimpan, duit itu juga akan berkembang sama ada dalam bentuk dividen ataupun nilai kuasa beli yang kekal.

Selain dari Tabung Haji, ASB, Unit Trust/ Saham, pakar kewangan juga menyarankan kita untuk membuat simpanan dalam bentuk Emas. Ini kerana emas dapat mengekalkan nilai kekayaan/nilai kuasa beli berbanding duit kertas. Seperti yang kita ketahui, nilai duit kertas sentiasa dikikis oleh inflasi dari tahun ke tahun. Adalah tidak digalakkan menyimpan duit kertas dalam amaun yang tinggi untuk jangkamasa yang lama kerana nilainya sentiasa menyusut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit, anda boleh hubungi :

Thursday, June 24, 2021

Prinsip Penting menyimpan emas


Simpan Dahulu Baru Belanja

Ramai yang gagal menyimpan kerana menggunakan prinsip yang salah. Kebanyakkan yang selalu kita dengar adalah berbelanja dahulu, kalau ada lebih baru simpan. Malangnya tiada baki yang dapat disimpan. Inilah yang selalu terjadi.

Jika tunggu duit lebih baru nak menyimpan, sampai bila bila pun kita tidak akan mempunyai simpanan. Ini adalah reality kebanyakkan rakyat Malaysia. Bila gaji meningkat, keinginan untuk berbelanja pun turut meningkat.

Simpan 10% untuk diri sendiri

Banyak buku kewangan menyarankan kita untuk untuk menyimpan 10% daripada pendapatan kita. Bagi mereka yang tidak pernah mengamalkan kaedah ini, Mungkin agak sukar untuk mula menyimpan 10% dari pendapatan tidak kira sama ad dari duit gaji atau pendapatan dari perniagaan. Ini kerana kebiasaanya duit akan habis dibelanjakan sebelum sempat di potong untuk simpanan.

Anda perlu mulakan sekarang kerana ia akan membawa anda kepada bebas kewangan pada masa akan datang. Sekiranya tidak mampu untuk simpan sebanyak 10% - mulakan dahulu dengan 1% ataupun seberapa banyak yg anda mampu. Yang penting adalah konsisten menyimpan. Anda akan nampak hasilnya kemudian hari.

Potong dahulu , belanjakan selebihnya.

Letakkan matlamat untuk menyimpan minimun 10% daripada pendapatan anda setiap bulan. Sebelum anda membayar segala bil-bil atau belanja lain, anda perlu potong dahulu untuk simpanan anda. Sama ada dalam bentuk tabung kecemasan, tabung haji, ASB ataupun dalam bentuk emas.

Duit baki selebihnya barulah digunakan untuk perbelanjaan lain. Menyimpan sebahagian daripada pendapatan adalah asas dalam membina kekayaan.

Ubah tabiat boros berbelanja kepada tabiat suka menyimpan.

Amalkan ilmu kewangan ini secara berterusan. Anda pasti akan dapat melihat perbezaan kepada tabiat kewangan anda. Jadikan menyimpan sebagai satu tabiat yang boleh memberi kekayaan kepada anda pada masa depan.

 Pelbagaikan instrument kewangan anda anda,simpan min 10% dalam bentuk emas sebagai ‘insurans’ kekayaan anda. Jika anda susah simpan cash, jom mula simpan emas.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :

Monday, June 21, 2021

Menyimpan Secara Konsisten


“Elehhhh 1gram ja. Bila nak kaya?”

Sebelum kita mula dan celik tentang emas, kita anggap simpanan emas perlu bermula dengan yang besar-besar.  Ramai yang perlekehkan berat 1 gram emas. Ramai yang perkecilkan berat 1 gram emas.

Pengalaman saya melihat :

Contoh #Pertama,

Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang telah capai simpanan 50gram emas dalam tempoh 10bulan. Nilai 50gram tersebut sekitar RM13,000. Kata beliau, seolah-olah tidak percaya kerana dulunya nak simpan RM13 pun susah apatah lagi RM13,000. Cuma sekarang simpanan dibekukan dalam bentuk emas.

Contoh #Kedua

Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang sedar dari tidur yang panjang. Bayangkan sepanjang tempoh 10tahun bekerja, simpanan Zero. Masuk tahun ke 11, beliau mula risau dan mencuba menyimpan emas. Pada tiga (3) bulan pertama sahaja menyimpan emas, beliau dapat capai simpanan melebihi 30gram emas. Nilai 30gram sekitar RM8,000.

Anehnya 10 tahun bekerja, setiap sen yang ada dalam bank semua dirembat. Beliau tinggalkan minima sahaja dalam bank. Jika bank benarkan keluarkan semua, pasti akan dikeluarkan semua. Kini beliau sungguh-sungguh menyesal dan kembali menyusun langkah.

Dengan hanya bermula 1gram emas, atau serendah RM100, sesiapa sahaja mampu menyimpan emas. Simpan serendah RM 3.50 sehari, anda mampu istiqomah menyimpan rm100 sebulan.

1 gram memang kecil tetapi ketahuilah ianya permulaan untuk kita membina semangat dan impian kita dalam dunia emas.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada matlamat yang besar.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada impian yang besar.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada usaha yang besar.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada semangat yang besar.

Teruskan melangkah, berlari dan konsisten. Jangan pedulikan apa yang orang kata tetapi fikir tentang masa hadapan kita.

Ingat ni!

1gram permulaan kepada 10gram.

1gram permulaan kepada 50gram.

1gram permulaan kepada 100gram.

1gram permulaan kepada 1kilo.

Jadikan menyimpan sebagai satu tabiat yang boleh memberi kekayaan kepada anda pada masa depan. Bermulalah…….demi kebaikan kita di masa hadapan. Jom saya bantu.

Hubungi saya di :

Sunday, June 20, 2021

Rahsia Pelabur Emas yg sentiasa tersenyum


5 Rahsia Pelabur Emas Sentiasa Tersenyum

 

1)      Asing kan duit kecemasan

-          Sebelum belie mas, asingkan dulu duit simpanan kecemasan. Terbaiknya simpan sebanyak 3 bulan pendapatan anda. Jika mampu lebih, boleh simpan lebih lagi.

 

2)      Beli Emas bukan dengan duit pinjaman

-          Beli Emas dengan duit lebihan, bukan dengan duit pinjaman. Tidak kira sama ada pinjam duit kawan, family ataupun dengan membuat pinjaman peribadi.

 

3)      Beli Emas untuk Wealth Protection

-          Belie mas untuk protect duit dari dicuri oleh diri sendiri dan untuk elakkan dari inflasi

 

4)      Pantau Emas bila perlu sahaja

-          Tidak perlu memantau harga emas hari-hari. Apabila harga naik, kita happy. Dan bila harga emas turun, beli lagi. Tak perlu bazirkan emosi bersedih dengan penurunan harga emas kerana ianya bersifat sementara.

 

5)      Melabur sambal berniaga Emas

-          Ambil peluang jadi dealer emas dan tambah ilmu untuk bantu ramai orang melabur dalam emas.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :


Hutang Duit Vs Hutang Emas

Hutang Duit vs Hutang Emas https://publicgoldofficial.com/Asya Kalau ada orang nak pinjam duit, jangan bagi duit. bagi emas. Sebab duit nila...