Emas bukan saja boleh diperdagangkan di Malaysia. Ianya
boleh digunakan di seluruh dunia. Emas tiada had sempadan dan boleh dijualbeli
di mana-mana negara di seluruh dunia. Setiap negara mempunyai pembeli atau
penjual emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.
Anda boleh jual emas di mana-mana sahaja.
Harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi,
memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara
anda, tidak menjadi masalah untuk berdagang emas di negara lain.
Penggunaan matawang emas telah wujud semenjak di zaman Nabi
Muhammad s.a.w lagi . Ianya diteruskan oleh para sahabat dan oleh kerajaan
Islam seterusnya. Sejarah kewangan dunia juga telah membuktikan bahawa emas
telah digunakan sebagai matawang tunggal dunia dari tahun 1870 sehingga tahun
1914.
No comments:
Post a Comment