Thursday, May 27, 2021

Simpanan Emas Sebagai Tabung Pendidikan Anak

 

Jadikan Simpanan Emas sebagai tabung Pendidikan anak. 

Ibu bapa haruslah mempunyai tabungan pendidikan buat anak-anak sejak dari awal lagi memandangkan kos yuran pengajian tinggi semakin meningkat pada masa hadapan.

Dengan kadar inflasi sebanyak empat peratus setahun , berlaku peningkatan sangat besar di universiti awam dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Berdasarkan analisis mudah, ini menunjukkan kos pendidikan tinggi dijangka meningkat dan ini sudah pastinya memberikan bebanan kepada keluarga terutama mereka yang tidak membuat perancangan awal dan sistematik.



Terdapat banyak instrument simpanan yang boleh kita gunakan sebagai alternative tabung Pendidikan anak-anak.

Namun perlu diambil kira kadar kenaikan tahunan dan juga risiko untuk setiap instrument. Sekiranya kita hanya menyimpan dalam bentuk wang kertas, ianya tidak mampu untuk mengatasi kadar inflasi tahunan.

Simpanan yang disarankan untuk Tabung Pendidikan Anak adalah dalam bentuk Simpanan Emas. Simpanan emas untuk anak adalah pilihan yang bijak. Ini kerana purata kenaikan harga emas adalah sekitar 10% setahun sejak 20 tahun yang lalu. Ianya dapat mengatasi kadar inflasi tahunan.

Berikut adalah perbandingan kadar kenaikan bagi Tabung Haji, ASB, Emas :



Ini menunjukkan emas boleh dijadikan alternative terbaik sebagai tabung Pendidikan anak-anak.

Sekiranya kita menyimpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari kelahirannya, pada umur anak anda 18 tahun, setiap anak akan memiliki sekurang-kurangnya 216 gram (12 bulan x 18 tahun dengan anggaran 1 gram konsisten setiap bulan).  Nilai 216 gram emas pada harga terkini adalah sekitar RM58,752 ( berdasarkan harga semasa RM272 x 216 gram) . Ianya cukup untuk menampung sebahagian besar kos pengajian di universiti tempatan. 

Masih ramai lagi ibubapa yang masih tidak mepunya tabung simpanan Pendidikan untuk anak-anak. Sehinggakan terpaksa untuk berhutang demi menyambung pelajaran di university. Pinjaman Pendidikan boleh menjadi satu beban besar untuk anak-anak. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyediakan landasan yang sebaik mungkin untuk kejayaan dan kesenangan anak-anak pada masa depan.

Mulakanlah simpanan emas seawal mungkin sebagai alternative terbaik untuk tabung Pendidikan anak anak.

 Cara terbaik menabung Emas

Cara terbaik untuk membeli emas secara 1 gram sebulan adalah melalui Gold Accumulation Program (GAP). Ia adalah salah satu program yang membenarkan kita untuk membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100.  Ianya adalah patuh shariah yang mana anda membeli Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah apabila Public Gold merekod  pembelian gram emas  kedalam penyata online pembeli.



Emas yang terkumpul dalam akaun GAP Public Gold boleh dikeluar kan sebagai gold bar atau dinar emas. Disamping itu emas yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dijual secara online, boleh dipajak secara online atau boleh di pindah ke account PG Mall untuk pembelian barang-barang yang  lain.




Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :

Monday, May 3, 2021

Emas merupakan wang seluruh dunia


Emas bukan saja boleh diperdagangkan di Malaysia. Ianya boleh digunakan di seluruh dunia. Emas tiada had sempadan dan boleh dijualbeli di mana-mana negara di seluruh dunia. Setiap negara mempunyai pembeli atau penjual emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.

Anda boleh jual emas di mana-mana sahaja.

Harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, tidak menjadi masalah untuk berdagang emas di negara lain.

Penggunaan matawang emas telah wujud semenjak di zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi . Ianya diteruskan oleh para sahabat dan oleh kerajaan Islam seterusnya. Sejarah kewangan dunia juga telah membuktikan bahawa emas telah digunakan sebagai matawang tunggal dunia dari tahun 1870 sehingga tahun 1914.



Hutang Duit Vs Hutang Emas

Hutang Duit vs Hutang Emas https://publicgoldofficial.com/Asya Kalau ada orang nak pinjam duit, jangan bagi duit. bagi emas. Sebab duit nila...