Wednesday, April 14, 2021

Masa terbaik beli emas !!!




Masa terbaik beli emas.

Seperti yang anda sedia maklum, harga emas ada turun dan ada naik dalam jangka masa pendek. Tidak ada jaminan untuk sentiasa naik. Tetapi untuk jangka masa panjang, boleh dikatakan harga emas confirm akan sentiasa naik, disebabkan kuasa beli atau nilai duit kertas yang sentiasa susut.

Jadi bila masa terbaik beli emas ??? Pelbagai versi yang kita dengar mengenai bilakah masa yang terbaik untuk membeli emas. Secara jujurnya kita tidak akan jumpa “perfect time” untuk membeli emas. Adakalanya bila harga emas rendah, kita tak ada duit untuk beli, mampu tengok je la masa tu.

Tiada siapa yang boleh tahu dengan tepat bila harga emas akan naik atau turun. Perlu diingatkan bahawa pelaburan emas adalah pelaburan jangka pelaburan jangka masa panjang. Tidak ada istilah beli harini, esok terus dapat untung, melainkan anda mempunyai modal yang sangat besar dan berdagang di pasaran emas dunia dan ianya sangatlah berisiko.

Oleh kerana pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang , jadi sebaik-baiknya jika ada duit di tangan anda, terus peruntukkan sebahagian untuk simpanan emas (setiap bulan atau setiap minggu) dan tetapkan target yang ianya untuk kegunaan akan datang (untuk jangkamasa panjang). Tidak perlu untuk kita tengok kenaikan/penurunan harga emas setiap hari.

Bila mula simpan emas dan anda faham tentang ilmu emas, wang simpanan anda akan bertambah di luar jangkaan. Secara tak langsung, ianya dapat mendisiplinkan kita dan dapat menyelesaikan masalah simpanan kita yang sentiasa “bocor”.  Orang dulu-dulu selalu berpesan “ beli emas jika ada duit lebih kerana ia semakin bernilai tinggi dan boleh digadai sekiranya terdesak memerlukan wang”.

 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :

FB Page Asya.PublicGold

Whatsapp

Telegram Channel

Insta

Youtube Channel


Pakar kewangan peribadi negara , Azizi Ali mengesyorkan setiap orang perlu menyimpan emas walaupun sedikit sebagai insurans masa depan.


“Tukarkan 10% keayaan atau pendapatan anda kepada EMAS”


No comments:

Post a Comment

Hutang Duit Vs Hutang Emas

Hutang Duit vs Hutang Emas https://publicgoldofficial.com/Asya Kalau ada orang nak pinjam duit, jangan bagi duit. bagi emas. Sebab duit nila...