Wednesday, April 14, 2021

Kenapa perlu ada simpanan dan pelaburan ?

 Semenjak PKP dijalankan pada awal 2020 sebelum ini, kita dapat lihat banyak syarikat yang terpaksa mengurangkan gaji pekerja, buang pekerja. Ramai dikalangan kita yang merungut tidak cukup duit untuk makan, sumber pendapatan terjejas.

Kemana perginya duit gaji sebelum ini ? adakah tiada simpanan untuk kes-kes kecemasan seperti ini ? di sini perlunya duit kecemasan untuk digunakan bagi mengisi keperluan harian sekiranya kita kehilangan pekerjaan atau gaji dipotong dan sebagainya.

Kita tidak pernah  jangka perkara seperti ini akan terjadi. Jadi perlu ada kesedaran dalam pengurusan wang dalam hidup kita supaya kita sentiasa bersedia dan dapat berhati-hati di masa hadapan.

Mencari wang dan menguruskan wang adalah 2 perkara yang berbeza. Walaupun anda mampu mencari wang atau bergaji puluhan ribu sekalipun, tapi  tidak berkemahiran  menguruskan wang dengan betul, anda terpaksa sentiasa berkerja untuk wang. Pernahkah anda dengar istilah semakin besar periuk nasi – semakin banyak kerak ?

Dalam menguruskan wang dari hasil pendapatan anda, perlu dipastikan ada sebahagian yg diperuntukkan untuk simpanan kecemasan/pelaburan. Ianya sangat penting untuk menggandakan wang yg disimpan khas untuk pelaburan tersebut.

Dengan cara ini, anda dapat memastikan tahap kewangan anda berada dalam keadaan yang lebih selamat. Anda ada simpanan khas untuk kegunaan dan pada dalam masa yg sama, anda boleh menjana / menggandakan wang anda dalam pelaburan. Pernahkan anda dengar istilah wang bekerja untuk anda ?

Terdapat banyak instrument pelaburan yang ada hari ini dan semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Salah satu dari pelaburan yang memberi keuntungan jangka panjang adalah dalam pelaburan emas. Umum mengetahui bahawa emas adalah instrument pelaburan yang sangat stabil dan harganya akan sentiasa naik dari tahun ke tahun (dalam Jangkamasa panjang).

 



Dengan Menyimpan emas, anda tidak perlu risau kenaikan harga barang (inflasi) dalam jangka panjang kerana emas mengekalkan kuasa beli sepanjang zaman. Bila anda mula menyimpan emas dan faham ilmu emas, wang simpanan anda akan bertambah diluar jangkaan.

  

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :


No comments:

Post a Comment

Hutang Duit Vs Hutang Emas

Hutang Duit vs Hutang Emas https://publicgoldofficial.com/Asya Kalau ada orang nak pinjam duit, jangan bagi duit. bagi emas. Sebab duit nila...