Wednesday, April 28, 2021

Kelebihan Emas


Apa Kelebihan emas  ??

Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri terhadap emas.  Ada yang beli emas sebagai hadiah istimewa untuk isteri atau anak-anak dan tidak kurang juga yang membeli emas untuk dijadikan sebagai simpanan jangka panjang.

Ada juga yang membeli emas kerana tertarik dengan rekabentuk dan kilauan ema situ sendiri. Ada orang yang membeli emas sekadar untuk merasai feeling sentuh emas (merasai aura emas).

Emas mempunya kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah :

1. Emas merupakan Wang untuk seluruh dunia.

Emas bukan saja boleh diperdagangkan di Malaysia. Ianya boleh digunakan di seluruh dunia. Emas tiada had sempadan dan boleh dijualbeli di mana-mana negara di seluruh dunia. Setiap negara mempunyai pembeli atau penjual emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.

Anda boleh jual emas di mana-mana sahaja.

Harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, tidak menjadi masalah untuk berdagang emas di negara lain.

Penggunaan matawang emas telah wujud semenjak di zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi . Ianya diteruskan oleh para sahabat dan oleh kerajaan Islam seterusnya. Sejarah kewangan dunia juga telah membuktikan bahawa emas telah digunakan sebagai matawang tunggal dunia dari tahun 1870 sehingga tahun 1914.

2. Pelindung dari inflasi dalam jangka masa panjang.

Emas dikatakan asset kalis inflasi. Emas berupaya melindungi kekayaan anda dari inflasi.

Inflasi secara umumnya bermaksud penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang. Dengan kata lain, kuasa beli matawang kita semakin susut. Sekiranya kadar inflasi tahun ini adalah 5%, bermakna kuasa beli duit kita susut sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai contoh, dengan wang kertas sebanyak RM100 pada tahun 2010, banyak barang dapat dibeli di pasaraya seakan-akan dapat memenuhi satu troli. Namun pada tahun 2020, dengan wang kertas sebanyak RM100 juga– tidak mampu untuk memenuhkan barang untuk satu troli di pasaraya.

Dengan harga barang yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, adalah mustahil bagi jumlah ringgit mengekalkan kuasa pembelian untuk barangan atau servis.

Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Ini kerana inflasi akan mengikis nilai duit anda.

Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku  Prof. Roy W. Jastram "The Golden Constant: The English and American Experience, 1560-2007"

Emas terlindung nilainya kerana kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar dispekulasikan.

3. Emas menjadi pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain.

Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.               

Namun, pasti ada kelemahan disebalik setiap kelebihan yang ada pada emas. Setiap instrumen pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yg tersendiri.

Apakah kelemahan emas? 

1. Emas tidak memberikan pulangan berbentuk dividen dan bonus.

Ya, emas juga tidak memberikan pulangan dalam bentuk compound interest seperti ASB atau tabung haji. Keuntungan emas hanyalah dalam bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi bagi pelabur yang sukakan pulangan berbentuk dividen dan bonus, emas dilihat kurang menarik. “Compound Interest” mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada instrument pelaburan yang dipilih. Namun kadar interest seperti ini biasanya akan terjejas sekiranya berlaku kegawatan ekonomi,.

2. Terdapat banyak pilihan produk.

Emas mempunyai pelbagai pilihan. Ada yang bentuk emas fizikal dan barang kemas, ada juga akaun simpanan emas, ETF, ada stock, futures, spot gold dan bermacam-macam lagi.

Jika tersalah pilih produk emas, ianya boleh menyebabkan kerugian. Perlu ada pengetahuan mengenai emas bagi mengurangkan risiko kerugian dalam memilih produk emas.

3. Emas fizikal ada kos penyimpanan.

Jika anda mempunyai banyak emas fizikal, mungkin anda akan rasa takut dan risau emas anda akan hilang atau dicuri. Anda perlu mempunyai tempat khas yang selamat untuk menyimpan emas tersebut. Namun sudah pasti ianya memerlukan kos sama ada dari segi sewa safe deposit box.

Melainkan anda ingin mempunyai peti besi sendiri di rumah anda. Ianya juga memerlukan kos untuk membeli peti besi tersebut dan ianya bukan murah.

Secara kesimpulannya, tidak ada satu pun pelaburan yang betul-betul “Perfect”. Jika ada yang mempromosi pelaburan yang menjamin keuntungan tetap setiap bulan – ternyata ianya adalah “SCAM”.

 Setiap pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bergantung kepada objektif pelaburan anda sendiri.

Apa yang bagus dimata seorang individu, mungkin dilihat tidak bagus dimata individu lain.

Sebagai manusia, kita semua unik. Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :

No comments:

Post a Comment

Hutang Duit Vs Hutang Emas

Hutang Duit vs Hutang Emas https://publicgoldofficial.com/Asya Kalau ada orang nak pinjam duit, jangan bagi duit. bagi emas. Sebab duit nila...