Thursday, April 15, 2021

Emas sebagai Simpanan



Jom jadikan Emas Sebagai Simpanan Anda !!!

1) EMAS sebagai Forgotten saving.
Setiap bulan "paksa" poket untuk berjimat 1 gram emas atau serendah RM100 dengan kaedah AKAUN GAP. Objektif utama, setiap masa gram emas kita sentiasa bertambah. Itu lah nama nya “Forgotten saving”. Ye, simpanan yang dilupakan. Itulah konsep saya sekarang. Paksa tambah gram setiap masa, kemudian lupakan. Kenapa paksa? Sebab kalau tak paksa dan terpaksa, memang sampai bila pun saya tak akan ada duit untuk beli emas!

Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar. Itu sahaja yang boleh saya simpulkan tentang tabiat menyimpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving”. Setiap kali ada duit simpanan jangka panjang, saya akan terus beli emas tanpa melihat sangat kepada harga. Manfaatnya, kita tak tahu pun dan terlupa berapa jumlah RM simpanan yang kita ada. Yang kita tahu berapa gram kita dah simpan, sedar2 dah byk emas yang kita simpan.

2) EMAS mempunyai Nilai Jangka Panjang Terjamin

Zaman Nabi 1,400 tahun dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ini, harga 1 dinar sekitar RM670 – RM780. Secara relatifnya, ia masih mampu beli seekor kambing. Ia berbeza dengan duit kertas (wang fiat).

Kalau 30 tahun dulu, budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang di sekolah. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja. Maksudnya hari ni, kebulur la anak-anak kalau kita masih berikan duit sekolah 50 sen sehari.
Jadi nampak tak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas? Hakikatnya, bukan harga barangan yang naik, tetapi kuasa beli duit kertas itu yang jatuh. Kita memerlukan lebih banyak duit untuk mendapatkan barang yang sama.

Duit kertas tidak sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan jangka panjang sebabnya ia tidak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja.
RM50 hari ini sudah pasti tidak mampu untuk membeli barang yang sama 10 tahun akan datang disebabkan kuasa belinya semakin susut.

Kalau nak simpan duit kertas, simpan dalam jumlah yang cukup untuk digunakan dalam masa terdekat atau simpanan untuk hal kecemasan sahaja.

Selebihnya, simpan dalam bentuk aset fizikal yang mampu menyimpan nilai jangka panjang seperti emas, perak, tanah ataupun hartanah. Aset fizikal begitu, kita tidak perlu risau tentang nilainya sebab ia bukan sekadar nombor yang tertulis di atas kertas tetapi pada barangnya. Ia dapat dilihat, dipegang dan disentuh secara fizikal. Dan harganya makin meningkat dalam jangka panjang melebihi kadar inflasi.

Kalau menurut teori 1dinar1ekorkambing, apa yang mampu dibeli oleh 1 gram emas hari ini, ia tetap akan mampu dibeli dengan emas yang sama 10 tahun akan datang. Emas terbukti mengekalkan kuasa beli sejak lebih 1,400 tahun yang lampau. Ia berbeza dengan duit kertas.

3) EMAS adalah Kekayaan di Tangan Sendiri.

Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.

Masih ingat tak duit syiling seringgit dulu? Bank Negara dah gazetkan, ianya tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.

Lagi satu peristiwa, masih ingat lagi tak Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50% setahun lepas krisis kewangan 1997? Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding US Dollar. Jadi kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Ia bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya gelarkan duit kertas sebagai “funny money”. Ianya dianggap “funny” sebab ia dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal. Dalam sejarah manusia, duit yang menyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas dan perak.

Semuanya dengan ILMU...ada ilmu
Emas bukan lagi Mahal untuk dimiliki...

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai emas public gold, sila hubungi saya di link di bawah:

No comments:

Post a Comment

Hutang Duit Vs Hutang Emas

Hutang Duit vs Hutang Emas https://publicgoldofficial.com/Asya Kalau ada orang nak pinjam duit, jangan bagi duit. bagi emas. Sebab duit nila...