Tuesday, April 13, 2021

Emas Fizikal atau Akaun Emas ???

 Emas Fizikal atau Akaun Pelaburan Emas ???

Mengikut pendapat pakar , kebanyakannya akan mengesyorkan beli emas fizikal dalam bentuk Gold Bar atau pun syiling emas (Dinar), kerana ianya betul betul wujud di depan mata. Dan emas itu kita simpan sendiri. 

Beli emas fizikal lagi bagus sebab emas ada di tangan kita, dan boleh rolling emas itu dengan cara dapatkan pinjaman ar-rahnu untuk apaapa tujuan menguntungkan.

Manakala untuk akaun pelaburan emas, apabila kita membeli emas, kita hanya  kertas dan nombor sahaja. Tak dapat pegang emas depan mata. Seakan sama macam kita simpan dalam ASB ataupun Tabung Haji.

Tetapi ada kelebihan lain untuk memiliki akaun pelaburan emas. Sebagai contoh - akaun emas di Public Gold. anda boleh mempunyai akaun emas dan menyimpan secara berkala serendah RM100 sebulan. Ini akan melatih atau mendisiplinkan kita untuk menyimpan secara konsisten.

Gold bar atau Dinar?

Gold bar dan dinar sama sahaja dari sudut harga per gram, ketulenan mahupun potensi keuntungan. Bezanya cuma bentuk bulat dan segi empat sahaja.

Secara umumnya, item denominasi yang paling besar lebih cepat untung disebabkan spread / selisih harga jual belinya paling nipis. Contohnya, gold bar 250 gram (spread 6%) lebih cepat untung berbanding gold bar 10 gram (9%).

Walau bagaimanapun, item emas yang kecil lebih baik kalau nak pakai duit. Ia boleh dijual ataupun dipajak sikit-sikit bila anda memerlukan tunai segera.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :

Facebook@Asya.PublicGold
Whatsapp@Account_emas_Gold 

No comments:

Post a Comment

Hutang Duit Vs Hutang Emas

Hutang Duit vs Hutang Emas https://publicgoldofficial.com/Asya Kalau ada orang nak pinjam duit, jangan bagi duit. bagi emas. Sebab duit nila...